Pengetahuan Am

Fakta Menarik: Kelajuan servis diukur dalam unit Batu/Jam

Tahukah anda dalam sukan tenis unit batu perjam (mph) digunakan untuk mengukur kelajuan bola tenis semasa servis dilakukan?

Unit ini digunakan sebagai unit ukuran bagi had laju serta kelajuan di United Kingdom dan Amerika Syarikat

Selain itu unit ini turut digunakan bagi mengukur kelajuan hantaran bola dalam acara sukan lain seperti kriket, dan baseball pada peringkat pertandingan yang lebih tinggi.

Di dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI), unit bagi kelajuan dan halaju ialah meter sesaat.

Berdasarkan rekod 3 pemain yang memiliki servis paling laju dalam sejarah tenis adalah:


Tempat Pertama: Samuel Groth daripada Australia, 163.4 mph yang dicatat pada kejohanan Busan Open Challenger Tennis  2012

 

Tempat Kedua: Ivo Karlovic daripada Crotia dengan kelajuan 156 mph yang dicatat pada kejohanan Davis Cup 2011.



Tempat ketiga: Milos Raonic daripada Canada dengan catatan 155.3 mph yang dilakukan di kejohanan Rogers Cup 2012.




 kredit maklumat: http://en.wikipedia.org/wiki/Fastest_recorded_tennis_serves
kredit foto: kincardinenews.com, sikids.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan