Perkara ini berlaku kerana beberapa sebab seperti tidak tahu kemahiran yang perlu semasa menjawab soalan jenis ini dan juga tidak tahu langkah yang perlu dilakukan dalam menjawab soalan jenis ini.
Di sini ada 3 langkah yang perlu dikuasai oleh murid-murid bagi menjawab soalan jenis penyelesaian masalah dengan betul:
langkah 1: memahami kehendak soalan dan seterusnya membina ayat matematik
langkah 2: membuat jalan kerja berdasarkan operasi yang betul
langkah 3: mengira jawapan dengan tepat
Jika soalan yang dikemukakan menawarkan 3 markah. Maka:
- 1 markah diperuntukkan untuk ayat matematik yang betul
- 1 markah untuk jalan kerja yang betul
- 1 markah untuk jawapan yang tepat
Ok, jika murid-murid sudah faham, mari kita lihat pula contoh di bawah:
soalan: Hamid mempunyai wang sebanyak RM 30. Dia membeli sebatang pensil berharga RM 2.50 dan sebuah buku nota berharga RM 3.00. Berapakah baki wang Hamid?
mari kita jawab soalan ini mengikut langkah yang diajar.
- langkah 1: bina ayat matematik
jadi, ayat matematik tersebut adalah
RM 30 - RM 2.50 - RM 3.00 =
- langkah 2: bina jalan kerja
RM 2.50
- RM 3.00
_________
- langkah 3: kira jawapan dengan tepat
RM 2.50
- RM 3.00
RM 24.50
Jadi, baki wang Hamid adalah sebanyak RM 24.50.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan